Tujuan
penulisan (sebab guru mengajar di sekolah)
Terbahagi kepada 2
1. Tujuan serta merta
2. Tujuan lanjut
TUJUAN SERTA MERTA
1. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis
dengan baik, cekap dan pantas
2. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan
menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca
3. Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang
tercatat atau mebaca buku-buku luar untuk menambahkan lagi isi bacaannya.
TUJUAN LANJUT
1. Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi
penulisan
2. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan
3. Menyediakan mereka dengan pengetahuan
Matlamat utama penulisan
Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang
gramatis dan laras yang tepat , serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana
yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis.
Tujuan menulis karangan
Tujuan Mengarang
Tujuan utama menulis atau mengarang adalah sebagai sarana komunikasi tidak
langsung. Tujuan menulis banyak sekali ragamnya. Tujuan menulis secara umum
adalah memberikan arahan, menjelaskan sesuatu, menceritakan kejadian,
meringkaskan, dan menyakinkan (Semi, 2003:14-154). Menurut Syafie’ie
(1988:51-52), tujuan penulisan dapat diklasifikasikan sebagai berikut.
1) mengubah keyakinan pembaca;
2) menanamkan pemahaman sesuatu terhadap pembaca;
3) merangsang proses berpikir pembaca;
4) menyenangkan atau menghibur pembaca;
5) memberitahu pembaca; dan
6) memotivasi pembaca.
Selain itu, Hugo Harting (dalam Tarigan, 1994:24-25) mengkalasifikasikan tujuan
penulisan, antara lain tujuan penugasan (assingnment purpose), tujuan
altruistik (altruistic purpose), tujuan persuasi (persuasive purpose), tujuan
penerangan (informational purpose), tujuan penyataan (self-expressive purpose),
tujuan kreatif (creative purpose), dan tujuan pemecahan masalah
(problem-solving purpose).
Tujuan-tujuan penulisan tersebut kadang-kadang berdiri sendiri secara terpisah,
tetapi sering pula tujuan ini tidak berdiri sendiri melainkan merupakan
gabungan dari dua atau lebih tujuan yang menyatu dalam suatu tulisan. Oleh
karena itu, tugas seorang penulis tidak hanya memilih topik pembicaraan yang
sesuai atau serasi, tetapi juga harus menentukan tujuan yang jelas. Penentuan
tujuan menulis sangat erat hubungannya dengan bentuk atau jenis-jenis tulisan
atau karangan.
Tujuan ejaan diajar:
1. Dapat melatih murid-mrid mendengar perkataan dengan baik dan menulisnya
dengan tepat
2. Dapat melatih dan meningkatkan pengamatan murid-murid melalui deria telinga
3. Dapat melatih murid-murid menulis melalui pendengaran dan bukan melalui
peniruan
4. Melatih murid-murid mengenali dan mempertingkatkan kepekaan mereka terhadap
perkataan-perkataan tertentu
5. Meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap makna atau konteks perkataan dan
boleh menggunakannya dalam konteks situasi yang betul
6. Menigkatkan perbendaharaan kata murid-murid
Kaedah mengeja yang betul
i) Kaedah mengeja
-mengeja dan membatang suku kata seperti b, a, = ba; t, u = tu. Kemudian
suku-suku kata ini digabungkan menjadi perkataan, misalnya ba, tu = batu.
- Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu
ii) Kaedah bunyi
-Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain,misalnya
ba, tang = batang
-Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata danakhirnya
perkataan. Misalnya ,- b (beh), a (ah) = ba- t (teh), u (uh) = tu- ba + tu =
batu
iii) Kaedah Huruf
-Kaedah ini yang tertua dijalankan dari semenjak kerajaan Greek dan Rom. Kaedah
ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu
-Kaedah ini dimulakan dengan mengenal nama-nama huruf ± a, b, c, d ± y, z,vokal
dan konsonan
-Di dalam bahasa Malaysia yang dibunyikan ialah:vokal - a, e, i, o, uvokal dan
konsonan ba, be, bi, bo, bu diftong ai, au, oi.
-Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misalnya ba +tu =
batu, a + ku =aku dan sebagainya.
-Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca
iv) Kaedah Pandang Sebut
-Kaedah ini mementingkan dua perkara:- Membunyikan perkataan atau rangkai kata
berdasarkan pengalaman melaluigambar.- Membunyikan ayat melalui gambar yang ada
cerita
Peringkat pengajian menulis:
Peringkat pengajian menulis terbahagi kepada 3 :
a) Peringkat pramenulis (persediaan)
b) Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)
c) Peringkat untuk pelahiran
Peringkat Pramenulis
Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid – murid disediakan dengan aktiviti
– aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf – huruf dengan kemas dan
betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot – otot, tangan dan jari serta
kordinasi tangan dan mata diberi kepada murid – murid dari awal – awal lagi.
Keadaan ini membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang – lambang
yang kemas, dan jelas. Pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik,
bertitik – tolak daripada aktiviti – aktiiviti pramenulis yang berbentuk bebas.
Latihan – latihan pratulisan ini mementingkan perkara – perkara berikut .
• Melakukan latihan – latihan pergerakan tangan
• Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan
sempurna
• Melakukan latihan – latihan pergerakan mata
• Melakukan latihan – latihan kordinasi tangan dan mata
Contoh latihan
1) Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri
2) Latihan mengikut garisan – garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan
3) Latihan – latihan membentuk garisan lurus
4) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir tanpa
menggunakan alat tulis (lukis bulatan dari kecil ke besar)
5) Latihan melukis gambar – gambar yang mengandungi garisan – garisan lurus dan
bulat,
6) Latihan membentuk corak – corak campuran bulatan dan garisan lurus dan ia
dilakukan dengan bebas
Peringkat mendirikan asas (peringkat tulisan mekanis)
Setelah murid – murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang
pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul. Mereka boleh dilatih membentuk
lambang – lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk
huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati
memuaskan, barulah murid tersebut dilatih membentuk huruf pada halaman yang
bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf pada kertas bergaris, kawalan
tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan yang lebar hingga
kepada lembaran satu garis.
Contoh latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis
1) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dlaam keadaan yang terkawal
2) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua
3) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris Saturday latihan membentuk
lambing tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis
bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca.
Semasa menyampaikan kemahiran tersebut, guru haruslah memberikan perhatian
kepada beberapa perkara.
a) Kanak – kanak harusdiperkenalkan pada lambang – lambang huruf dengan
menggunakan gambar
b) Sebelum dilatih menulis, latihan bebas perlu diberikan untuk membentulkan
urat – urat daging kanak – kanak
c) Kanak – kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama – nama huruf
d) Menggunakan kertas, mula – mula tidak bergaris dan selepas itu barulah
menggunakan buku yang bergaris
e) Setelah kanak – kanak dapat menggunakan alat – alat dengan baik, barulah
dilatih menggunakan buku dan alat – alat lain yang sesuai
Contoh latihan
1) Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan
2) Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan
3) Memadankan dan menyalin dua suku kaata supaya menjadi perkataan yang
bermakna
4) Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan
5) Menyalin perkataan yang mudah
6) Menyalin ayat – ayat yang mudah
Peringkat Menulis untuk kelahiran
Setelah menguasai tulisan mekanis, murid- murid patut digalakkan melahirkan
fikiran mereka secara bertulis. Cara – cara yang dicadangkan ialah bermula
daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar – gambar dan perkataan, mengisi
tempat kosong, melengkapkan ayat – ayat dan perenggan sehingga murid – murid
itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.
Contoh latihan
1) Mengisi silang kata
2) Mengisi tempat kosong dalam ayat
3) Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
4) Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberikan
5) Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
6) Membentuk ayat – ayat bagi menyudahkan ayat
7) Menulis ayat – ayat berdasarkan gambar – gambar yang disediakan
8) Menulis jawapan – jawpaan kefahaman
9) Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan
10) Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan (rujuk sukatan pelajaran BM
sekolah rendah)
Peringkat permulaan karangan
Sebelum membuat sesebuah karangan, kita hendaklah memilih dan mamahamkan tajuk
karangan. Selepas itu, kita hendaklah fikirkan tentang
a) Pengenalan
b) Isi karangan
c) Penutup
Peringkat permulaan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan
ini, kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin
pembaca tidak tahu atau tidak faham. Kita haruslah berusaha untuk menarik
perhatian pembaca supaya untuk terus ingin membaca karangan itu. Pengenalan
karangan tersebut tidak perlu panjang dan memadai dibuat secara ringkas dan
secara umum sahaja.
Peringkat-peringkat Mengajar Bacaan
Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua
kemahiran iaitu bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap
(bacaan mentalis/akaliah). Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan kepada
kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya membaca (membaca berita). Manakala bacaan
senyap merupakan kemahiran membaca untuk memaham dan juga kepantasan membaca
petikan sesuatu bahan.
Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara
berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan
baik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada lima
peringkat:
i. peringkat menyediakan murid
ii. peringkat mendirikan asas
iii. peringkat melatih membaca dan memaham
iv. peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat
v. peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.
Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu menyiasat
terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan juga
emosi murid. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan membaca murid dan juga
kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu guru untuk menyediakan murid bagi
pelajaran membaca.
Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiran
membaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini guru perlu menggunakan pelbagai
alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang
digunakan hendaklah ringkas, menarik, dan bermakna. Kemahiran asas bacaan
bermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan seterusnya
ayat. Pada peringkat ini juga galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid
secara berterusan.
Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memaham. Pada peringkat ini
bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankan
aspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula menekankan aspek pemahaman.
Kebiasaan murid membaca nyaring boleh dikurangkan kepada bacaan senyap secara
beransur-ansur. Soalan-soalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu
murid membina kemahiran memaham.
Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya memahami
isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memilih
bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masa lapang.
Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar mereka kemahiran mencari
maklumat di pusat sumber dan juga internet.
Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap suka membaca
hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa
kanak-kanak. Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan pertandingan membaca,
pameran buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.
Perkara yang diperlukan dalam penulisan karangan oleh murid
Sebelum penulisan:
1. Mencari dan memahami kata kunci bagi soalan atau tajuk karangan
2. Perancangan penulisan – penyusunan isi-isi penting serta huraian atau contoh
3. Mengetahui format penulisan karangan yang dikehendaki
Semasa penulisan:
1. Penghuraian isi-isi penting – bagi menguatkan isi atau fakta yang hendak
dinyatakan
2. Menggunakan laras bahasa yang sesuai
3. Memberikan tumpuan kepada isi-isi yang tertinggal
Selepas penulisan:
1. Membuat semakan terhadap kesilapan penggunaan tatabahasa – kata hubung,
tanda baca, kata ganti diri dan ejaan
2. Memastikan format karangan adalah betul
Prinsip pemilihan bahan.
Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar.
Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsip-prinsip
pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut :
1. Sesuai
Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu
mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan
dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh
difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau
individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan
perkara-perkara seperti berikut :
a) objektif dan matlamat pengajaran bahasa
b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
c) Keadaan pelajar
d) Suasana pembelajaran
e) Minat pelajar
Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif
pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih
dahulu sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu,
guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian
objektif tersebut. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam,
kepercayaan dan situasi tempatan.
Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan pelajarnya yang datang daripada
pelbagai latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, taraf
pencapaian dan sebagainya ketika menyediakan bahan. Bahan-bahan yang sesuai
dengan segolongan pelajar, mungkin tidak sesuai dengan segolongan pelajar yang
lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang sesuai dengan
suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam
suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses
pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya
mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.
2. Mencabar
Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu
rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang
dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka
untuk terus belajar.
Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran
pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-bahan
yang mengandungi ciri-ciri berikut :
a) bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.
b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.
c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan
yang bersepadu.
d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)
e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)
f) Bahan yang umum kepada teori.
g) Bahan masakini kepada masa akan datang.
3.
Menepati
Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran
yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih
mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa, proses
pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum
pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut:
a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.
b) Susunan bahan
c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.
d) Maklumat yang kemaskini
e) Perbendaharaan kata yang sesuai
f) Bahan pengajaran yang diperakui.
4. Menarik
a) Reka letak ; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun
mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan
memydahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.
b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur
pelajar.
c) Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi
berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah
atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.
d) Kualiti kulit dan cara buku dijilid
e) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.
5. Jimat dan mudah
Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak
semestinya mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti
guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.
6. Praktikal
Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya
praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya
sederhan dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang yang
berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasa
dalam komunikasi. Selain itu, bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika
digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih dari satu
mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain.
7.
Mudah alih
Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-mana
dan tidak terlalu berat atau besar.
Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada
bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga
perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural
dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke
atas murid-murid itu sendiri.
Kawalan bahan pengajaran bertujuan supaya pengajaran dapat disampaikan dengan
seimbang. Mengapa perlu kawalan bahan?
Tujuannya supaya bahan-bahan pelajaran bahasa dapat disampaikan secara
berseimbangan. Ini bermakna guru harus dapat mengawal masa dan bahan-bahan yang
hendak disampaikan sesuai dengan satu-satu waktu mengajar yang ditentukan.
Guru harus:
Mengawal masa dan bahan-bahan yang hendak disampaikan.
Memastikan kecukupan masa dan kesesuaian bahan dengan waktu pengajaran.
Apa yang dirancangkan itu hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.
Bahan-bahan yang tidak selesai disampaikan dalam pelajaran pertama hendaklah
disempurnakan dalam pelajaran berikutnya.
Dikawal supaya bahan-bahan tersebut tidak diajar berulang kali.
Kesalahan yang biasa oleh murid-murid semasa menulis karangan
Kesalahan pertama ialah kesalahan memilih tajuk. Kesalahan memilih tajuk
biasanya berlaku kerana murid tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan.
Keadaan ini terjadi mungkin murid terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka
menulis karangan asalkan siap sahaja.
Kesalahan kedua ialah kekurangan isi. Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah
murid menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh
menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana murid
kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.
Kesalahan ketiga ialah pembahagian perenggan. Ada murid meletakkan beberapa isi
dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara
mendalam. Malah ada murid menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan!
Kesalahan keempat ialah tidak merangka karangan. Ada murid yang terus menulis
tanpa mencari isi terlebih dahulu. Murid yang tidak merangka bererti murid
tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan
bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan. Terdapat juga isi
yang sama diulang. Malah ada murid yang menulis sambil mengharapkan isi datang
kemudian ( terlintas di fikiran ).
Kesalahan kelima ialah kesalahan tatabahasa. Murid perlu tahu , penguasaan
bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat ‘A’. Pada tahap
Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada murid
yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di",
"dari" dengan "daripada", "bila" dengan
"apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan
dengan betul. Lebih malang lagi murid tidak menggunakan imbuhan langsung untuk
karangannya.
Kesalahan keenam ialah kesuntukan masa. Masa membina karangan sangat terhad.
Pengurusan masa memainkan peranan penting. Murid yang tidak peka akan
terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak
kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis. Terdapat
kes murid yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan
mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau
hanya mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.
Kesalahan-kesalahan lain ialah seperti tidak mengikut jumlah perkataan yang
ditetapkan, tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan dan Masih ada
yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan ).
Cara
berkesan menghasilkan karangan yang baik
Sebelum membuat sesuatu karangan, murid hendaklah memilih dan memahami tajuk
atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu murid fikirkanlah pula tentang
Pengenalan, isi-isi dan penutup.
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan
murid hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca
tidak tahu atau faham. Murid hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin
membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja,
memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan
kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih
dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau
ejaan.
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai
empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan
masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan
lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama
didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi
pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama
panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang
lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid
biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar
dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan
tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain.
Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, murid hendaklah banyak membaca surat
khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita,
mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan
campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang
sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti
karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada
pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu
karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat murid dengan ringkas tentang
sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut
atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.
Kaedah
pandang sebut (proses kaedah)
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh
membaca dengan menggunakan kaedah abjad. Berpadanan dengan namanya, kaedah ini
meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa
Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola suku katanya jelas
dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada 1000
pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah
yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.
Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara
kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa
Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah
pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan
ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan
bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:-
• ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
• ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
• bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)
Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad
imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata
ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap
perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan
kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai
ingatan foto "photographic memory" . Sebab itulah, ia hanya perlu
diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan
dikeluarkan bila masanya tiba.
Langkah pengajaran
• Murid diajar menyebut ‘seluruh perkataan’ selepas guru menyebutnya dan menulisnya
di papan tulis.
• Perkataan seperti ‘meja’ dan ‘cawan’ kemudian dicerakinkan menjadi suku kata,
seperti ‘me ja’ dan ‘ca wan’. Murid membaca suku kata.
• Kemudian perkataan ‘meja’ dan ‘cawan’ ini dicerkain lagi menjadi huruf.
Seperti ‘m e j a’ ‘c a w a n’.
• Murid mengeja dan menUlis huruf dan perkataaan
• Kaedah seluruh perkataan ini sesuai untuk bahasa yang sistem ejaannya
logografik eg. Bahasa Cina dan bahasa Mesir Tua.
Kelebihan dan kelemahan kaedah pandang sebut.
Kajian menunjukkan beberapa kelemahan dalam kaedah ini
Kanak-kanak
cuba mengcam dan membaca perkataan dengan cara ‘meneka’ dari bentuknya.
Kanak-kanak
tidak dapat mengguna kemahiran membaca perkataan yang lalu untuk ‘attack’
membaca perkataan baru.
Murid
perlu ‘mengecam’ dan ‘menghafal’ banyak perkataan sebelum ia boleh membaca
sesuatu cerita.
KELEBIHAN
Oleh sebab, murid-murid telah menguasai sejumlah kosa kata, maka pengajaran
prabacaan hendaklah bermula dengan pengalaman tersebut.
Pengajaran tidak akan seronok sekiranya tidak menghubungkan dengan pengalaman
murid.
Mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid telah
menguasai sejumlah perkataan.
Menurut Goodman : Pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang
dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka.
Membaca secara mekanis dan ciri pelaksanaannya
Pembacaan mekanis adalah proses yang dapat membantu peningkatan pencapaian
akademik murid-murid. Aktiviti membaca secara nyaring kepada murid secara
terkawal akan meningkatkan minat murid dalam kadar masa yang segera teruamanya
dalam bidang sastera. Guru haruslah prihatin terhadap pembacaan murid dengan cara
memerhati wajah mereka sambil mengawal keadaan. Guru juga seharusnya pandai
memilih bahan bacaan yang menarik supaya dapat menghadapi masalah untuk
mengawal disiplin murid. Membaca kepada murid dengan nyaring merupakan aktiviti
yang penting bagi semua peringkat murid bermula dari peringkat pra-sekolah
hinggalah ke peringkat universiti. Aktiviti membaca secara nyaring dapat
meningkatkan suasana yang menarik di dalam bilik darjah bagi tujuan
pembelajaran murid di sekolah.
Selain itu, bagi menambahkan minat murid untuk membaca, guru perlulah
menyediakan persekitaran yang selesa dan dapat menggalakkan pembelajaran murid.
Ini dapat dilakukan dengan menyediakan sudut bacaan di dalam kelas dengan
pelbagai jenis buku yang menarik. Lebih banyak buku yang disediakan, lebih
banyak peluang kepada murid dalam membuat pilihan mengikut minat dan kegemaran
mereka. Kajian yang pernah dibuat oleh pihak University Of Southern California
menunjukkan murid yang kurang bahan bacaan di dalam kelas mereka memperolehi
skor yang rendah jika dibandingkan dengan murid yang memiliki bahan bacaan yang
agak banyak di sudut kelas mereka.
Langkah seterusnya, guru melakukan bacaan nyaring untuk pemahaman. Ketika
membuat bacaan nyaring, kemudian berhenti di tempat-tempat tertentu untuk berbincang
mengenai sesuatu yang terdapat dalam bahan bacaan itu sebenanya secara tidak
langsung mengajar murid-murid cara-cara membaca dengan betul dan cara-cara
untuk memahami maklumat yang terdapat dalambahan bacaan itu. Contohnya, guru
ingin membincangkan sesuatu mengenai gambar hiasan yang terdapat pada muka
surat tertentu atau ingin menjelaskan makna perkataan tertentu, bertanya
tentang sesuatu kepada murid, berbincang tentang sesuatu peryataan dan
sebagainya. Selain daripada itu, terdapat tiga contoh strategi yang dapat
dilaksanakan dalam pengajaran pemahaman membaca.
Pertama iaitu berfikir tentang cerita yang dibaca. Guru berhenti membaca lalu
meminta murid berfikir tentang sesuatu yang berkaitan dengan cerita tersebut
seperti kemungkinan kesudahan cerita tersebut. Kedua ialah dengan membuat peta
minda. Sambil membaca guru dan murid membuat peta minda seperti perwatakan
watak-watak penting yang terdapat dalam bahan bacaan yang dibaca. Sumber
maklumat ditambah satu demi satu sepanjang bacaan yang dibuat. Ketiga ialah
dengan membuat nota ringkas. Nota rigkas ini digunakan untuk membuat ulangkaji
sebelum membuat bacaan pada bab seterusnya. Antara aspek yang dapat dicatatkan
termasukah unsur konfik atau masalah yang terdapat dalam cerita atau bacaan
tersebut, maklumat mengenai watak-watak, peristiwa penting, nilai,pengajaran,
tema, persoalan, gaya bahasa dan sebagainya.
Langkah seterusnya dengan penglibatan perpustakaan. Pertama, membantu pihak
sekolah mempromosi kempen membaca serta menjadi penyelaras dalam apa-apa
program membaca yang diadakan di sekolah dan menyediakan bahan bacaan yang
mencukupi termasuklah bahan bacaan bagi murid-murid inklusif bermasalah
penglihatan serta membuat promosi untuk menambah ahli di perpustakaan. Kedua,
dengan menyediakan bahan-bahan yang mencukupi terutamanya bahan dalam bentuk
komputer dan perisian yang sesuai. Ketiga, menganjurkan program atau aktiviti
untuk membantu ibu bapa yang tidak mempunyai kemahiran membaca, terutamanya
bagi sekolah-sekolah di luar bandar dan mendapatkan bantuan daripada pihak luar
untuk membantu dalam menjayakan program tersebut. Keempat, memberikan
pengiktirafan atau hadiah kepada murid-murid yang menunjukkan kecenderungan dan
minat untuk membaca bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan.
Pihak media juga dapat membantu dengan memberikan ruang iklan secara percuma
bagi apa-apa iklan yang berkaitan dengan program membaca. Secara umumnya,
kanak-kanak perlu memiliki kemahiran membaca dan menulis selewat-lewatnya
ketika mereka berada di tahun tiga sekolah rendah. Pihak pengurusan sekolah
perlu sedar bahawa usaha yang mencabar ini tidak mungkin dapat dilaksanakan
dengan mudah tanpa sokongan daripada masyarakat luar sekolah.
Kesimpulan, sekiranya guru kerap membuat bacaan secara nyaring untuk
murid-murid maka akan timbul kesedaran dalam diri murid-murid bahawa membaca
itu merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Mereka juga sedar bahawa gambar
hiasan yang terdapat dalam bahan bacaan itu merupakan sesuatu yang berkait
rapat dengan maklumat yang hendak disampaikan. Mereka juga memahami bahawa buku
dibaca dari kiri ke kanan dan apa yang dicetak pada buku itu melambangkan
perkataan serta setiap cerita itu terdapat permulaan dan pegakhiran. Dengan
mendengar bacaan guru dan mengemukakan soalan, daya pemahaman dan perbendaharaan
kata mereka akan meningkat. Begitulah pentingnya membaca bahan bacaan secara
mekanis itu penting kepada murid
Perlaksanaan membaca secara mentalis.
Aplikasi dalam kelas bacaan
Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan
melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna,
murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat
sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan
dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran
itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca
sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini,
guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka
telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran
pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua
lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua
murid berjaya mencapai kriteria tersebut.
Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor – Noam Chomsky)
Teori
ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky,
kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran
iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi,
operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa,
kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka
belajar bertutur.
1.Kebaikan
1.1 Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu
pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut
kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara
sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara
berperingkat-peringkat.
1.2 Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid
berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat,
kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.
1.3 Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan
pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan
penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai
digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.
2. Kelemahan
2.1 Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan
kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini
akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan
dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur)