BAHAN KEMAHIRAN BERBAHASA (TATABAHASA)
KEMAHIRAN TATABAHASA
Soalan 3 : Pengetahuan Bahasa dan Kemahiran Tatabahasa
Soalan 3 (a) : Membina ayat daripada enam perkataan yang dikemukakan
Soalan 3 (b) : Menukarkan ayat, menyambungkan ayat, memisahkan ayat,
atau menganalisis ayat
Soalan 3 (c) : Mengenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan
Soalan 3 (d) : Mengenal pasti kesalahan kata atau istilah dan kesalahan
bahasa
bahasa
Soalan 3 (e) : Peribahasa
Membina ayat
Soalan bahagian ini merangkumi ;
Teknik menjawab soalan membina ayat.
Membina ayat
Soalan bahagian ini merangkumi ;
- Kata dasar dan kata terbitan
- Kata banyak makna
- Kata yang hampir sama makna
- Kata nama
- Kata kerja
- Kata adjektif
- Kata ganda
- Kata tugas
- Kata terbitan/pasangan kata terbitan
- Pasangan kata homograf
- Pasangan kata dasar dan kata ganda seluruh
- Pasangan kata ganda dan kata majmuk
- Pasangan kata dasar dan kata ganda berimbuhan
- Pasangan kata ganda seluruh dan kata terbitan
- Pasangan kata dasar dan kata majmuk
- Pasangan kata homofon
- Kata pinjaman bahasa Melayu
- Kata tunggal
- Kata terbitan
- Kata majmuk
Teknik menjawab soalan membina ayat.
- Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan digunakan sebagai rujukan utama.
- Baca dan fahami arahan soalan yang diberikan.
- Setiap ayat yang dibina akan diberikan sebanyak 1 markah sahaja.
- Jika murid melakukan kesalahan bahasa dari segi tatabahasa, 1/2markah akan ditolak.
- Tidak perlu membina ayat yang meleret atau terlalu panjang tetapi ayat yang dibina mestilah ayat yang matang, yang sesuai dengan tahap murid tingkatan 5 (memadai 8 - 12 perkataan sahaja).
- Ayat yang dibina tidak dijadikan kata nama khas, kata majmuk atau peribahasa.
- Murid haruslah menguasai jenis kata, pola ayat, jenis ayat, ragam ayat dan binaan ayat.
- Perhatikan contoh binaan ayat di bawah :
- Nizam menaikkan bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan. (Ayat Gramatis)
- Nizam menaiki bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan.(Ayat Tidak Gramatis)
- Dalam ayat (1) , ayat tersebut tepat dari segi makna dan betul dari segi tatabahasa.
- Ayat (2) , betul dari segi tatabahasa tetapi tidak betul dari segi maknanya.
- Ayat ini dikatakan tidak gramatis kerana perbuatan Nizam menaiki bendera tidak logik.
Menukarkan ayat, menyambungkan ayat, memisahkan ayat, atau menganalisis ayat
Menukarkan ayat ;
(a) Cakap ajuk cakap pindah /cakap pindah cakap ajuk
- Baca petikan beberapa kali dan fahami isi-isi penting yang terkandung di dalamnya.
- Jangan prosakan petikan.
- Jangan gunakan bahasa basahan/pasar/dialek.
- Jangan buat laporan.
- Tuliskan jawapan dalam satu perenggan sahaja.
- Jangan gunakan sinkof seperti dah, dan lain-lain.
- Patuhi 4 proses:
- Penghilangan - Tanda baca seperti pembuka dan penutup pengikat kata ("…."), tanda tanya (?) atau tanda seru (!) dihilangkan.
- Penambahan – Anda perlu memberi imbuhan pada kata yang sesuai atau menambah kata-kata tertentu (asalkan tidak mengubah maksud asal) supaya susunan lebih lengkap dan gramatis.
- Penukaran – Tukarkan kata ganti nama diri, masa dan tempat kepada bentuk yang sesuai.
- Penggantian – Kata seru hendaklah diubah kepada maksudnya.
- Markah diberi secara impression dengan penekanan pada maksud dan jalinan ayat; jumlah dan susunan isi; kesesuaian perkataan dan teknik pemindahan bahasa.
- Kelemahan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah lemah dalam tatabahasa., menyalin bulat-bulat dialog dengan membuang tanda baca, dan isi yang tidak cukup.
- Bagi aspek menukarkan dialog kepada cakap ajuk, proses penukaran adalah sebaliknya dengan menepati piawai cakap ajuk.
(b) Ayat susunan biasa / ayat songsang
- Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya didahulukan daripada predikat.
- Ayat songsang ialah ayat yang predikat atau sebahagian daripada unsur predikat dikedepankan.
(c) Ayat aktif / ayat pasif
- Ayat aktif ialah ayat yang meletakkan subjek atau pelakunya pada awal ayat.
- Penanda bagi ayat aktif ialah kata kerja yang menerima imbuhan meN....,meN....i,dan meN....kan.
- Ayat pasif ialah ayat yang objek hadir pada permulaan ayat.
- Penanda bagi ayat pasif ialah kata kerja yang menerima imbuhan di....,di...i, di...kan,ter....,ber..., dan ke...an.
- Bagi ayat pasif, Kata Ganti Nama Diri I dan II hadir di hadapan kata kerja.
Menulis semula ujaran yang tidak gramatis
- Kata singkatan seperti nak, ni, mau dan sebagainya mesti ditulis dalam bentuk bahasa Melayu yang lengkap.
- Kata asing seperti lu, best dan sebagainya perlu ditukar dengan perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu baku.
- Pastikan ayat yang digunakan sesuai sama ada ayat penyata biasa, ayat songsang, ayat pasif, ayat gabungan dan sebagainya mengikut struktur ujaran yang asal.
Menyambungkan ayat ;
- Murid perlu menggabungkan ayat-ayat mengikut jumlah dalam arahan soalan.
- Murid perlu mengenal pasti kelompok idea dalam petikan.
- Murid perlu menguasai kaedah penulisan dan contoh penggunaan kata hubung yang sesuai, penanda wacana dan tanda bacaan untuk menggabungkan ayat-ayat.
- Menggunakan sistem nombor (i., ii., iii., dsb.).
- Jangan tinggalkan isi penting.
Memisahkan ayat / Mencerakinkan ayat;
- Tentukan dahulu subjek dan predikat dalam ayat.
- Kenal pasti kata hubung yang terdapat dalam ayat berkenaan dengan menggariskan kata hubung berkenaan.
- Bina ayat tunggal baharu yang mempunyai satu subjek dan satu predikat berdasarkan stuktur asal dan mengikut susunan.
Menganalisis ayat ;
- Murid perlu menganalisis ayat-ayat yang diberi dan menentukan binaan subjek dan predikat ayat berkenaan.
- Murid perlu mengenal pasti empat pola ayat dalam bahasa Melayu iaitu:
1) FN + FN
2) FN + FK
3) FN + FA
4) FN + FS
- Jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu:
- Ayat Penyata
- Ayat Tanya
- Ayat Seruan
- Ayat Perintah :-
- Jenis-jenis ayat majmuk :-
- Ayat majmuk gabungan
- Ayat majmuk pancangan
- Ayat majmuk Campuran
Mengenal pasti kesalahan kata atau istilah dan kesalahan
bahasa.
Peribahasa
Mengesan kesalahan dalam ayat;
- Terdapat pelbagai kesalahan tatabahasa yang biasa dilakukan oleh murid dan masyarakat dalam perbualan sehari-hari.
- Murid mesti jelas dan faham tentang punca kesalahan ejaan atau struktur ayat yang berkenaan.
- Umumnya kesalahan yang sama akan berulang.
- Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan kesalahan ejaan.
- Murid perlu menggunakan Tatabahasa Dewan sebagai rujukan asas berhubung dengan hukum tatabahasa.
- Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan kesalahan dalam ayat.
- Murid mesti menguasai nota tentang kesalahan biasa dalam tatabahasa, bahasa istana yang umum dan gelaran kebesaran / panggilan tokoh dalam masyarakat.
Memberi imbuhan;
- Mengenal pasti penggolongan kata dasar.
- Mengetahui konsep awalan, akhiran dan apitan dan makna perkataan yang diimbuhkan.
- Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan .
- Mengenal pasti bilangan kata dasar yang terlibat dalam ayat.
- Mengenal pasti golongan perkataan.
- Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan perkataan yang perlu ditambah dalam ayat.
- Murid perlu menguasai maksud peribahasa.(termasuk simpulan bahasa, perbidalan, perumpamaan, pepatah,bidalan,perbilangan dan kata hikmat.)
- Murid perlu mengaplikasi penggunaan peribahasa dalam ayat yang gramatis.
- Murid perlu menguasai peribahasa yang ada dalam buku teks.
- Bentuk soalan yang dikemukakan lazimnya mementingkan penggunaan/aplikasi peribahasa iaitu:
- membina ayat berdasarkan peribahasa
- menyatakan maksud peribahasa
- Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud
- Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat
- Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan ( situasi )
- Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan perbualan
- Menyatakan peribahasa yang sama maksud
- Melengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan