Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam P&P Bahasa
Melayu
Bengkel Model Pembinaan Pemprosesan Maklumat
Pengenalan
Model Pemprosesan Maklumat ('The Information
Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai
analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai
analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah
tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat
adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.
Prinsip-Prinsip Model Pemprosesan Maklumat
1) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran
maklumat
2) Pengaliran maklumat dua hala
3) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan
pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
4) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan
menyimpan maklumat
Empat Proses Utama Dalam Model Pemprosesan Maklumat
·
Pengenkodan
·
Penyimpanan
·
Mengigat
Kembali
·
Lupaan
Fasa Penyimpanan- Kod Apabila seseorang telah berjaya
memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya denga tepat, maka
rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka
pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang
ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang
mudah disimpan.
Fasa Mengingat Kembali- Mencari Fasa mengingat kembali
merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam
stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan
luaran atau motif dalaman. Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali
apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.
Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory') Stor
memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh
ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk
menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil
Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu,
ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. Lupaan dalam Ingatan Panjang
('Forgetting') Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat
dengan tepat. Tiga teori diutarakan bagi menerangkan lupaan.
1) Teori Reputan ('Decay Theory') Maklumat menjadi pudar
atau reput disebabkan oleh masa.
2) Teori Ingat Kembali ('Retrieval Theory') Maklumat itu
ada terdapat tetapi tidak dapat dicari kerana kiu ('cue') yang sesuai tidak ada
untuk mengeluarkan maklumat itu.
3) Teori Gangguan ('Interference Theory') Maklumat lain
menggangu maklumat yang hendak diingat Perakam Deria ('Sensory Register')
Maklumat diterima melalui perkam deria visual, perkam deria auditori, perakam
deria hiduan, perkam deria rasa dan perkam deria sentuhan. Sperling (1960)
dalam kajian memutusan bahawa tempoh ('duration') perakam deria ialah 1/4
hingga 1 saat (iaitu 250 miliseconds - 1000 miliseconds). Contoh: apabila kita
melihat 'flash' kamera ketika mengambil gambar, imej kekal sekejap.
Kapasiti perkam deria adalah besar dan tidak terhad. Penyimpanan (atau
'Perwakilan') Pengetahuan dalam Ingatan Jangka Panjang (Storage or
'Representation' of Knowledge in Long Term Memory) Maklumat yang kita
simpan atau mewakili dalam ingatan jangka panjang boleh merupakan pengalaman beberapa
minit yang lampau atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau (seperti memori
kita semasa kita kanak-kanak lagi). Berdasarkan apa diketahui pada masa kini,
maklumat disimpan dalam Ingatan Jangka Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama:
1) Pengetahuan Deklaratif a) Memori Semantik b) Memori
Episodik. 2) Pengetahuan Prosedural 3) Imageri Pengetahuan Deklaratif ialah
semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang
dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku kepada
diri kita dipanggil Memori Episodik. Contoh: Ciri-ciri iklim monsun tropika --
memori semantik Saya terjatuh semalam -- memori episodik Collins & Quillian
(1969) mencadangkan Model TLC yang menerangkan bagaimana manusia menyimpan atau
mewakili maklumat dalam ingatan jangka panjang. Model ini mencadangkan bahawa
kita menyimpan maklumat sebagai suatu hiraki yang berjaringan ('network
hierarchy structure'). Maklumat yang disimpan berdekatan lebih cepat diingat
kembali berbanding dengan maklumat yang terletak jauh.
Respons kepada pertanyaan "Are canaries
yellow?" lebih cepat berbanding dengan pertanyaan "Do canaries have
skin?". Ini ialah kerana maklumat "yellow" terletak dekat dengan
"canaries" manakala maklumat "skin" terletak jauh bersama
dengan ciri-ciri "animals" (lihat rajah TLC dalam webiste berikut)
Baca artikel ini bertajuk "Semantic Memory" yang menerangkan model
TLC. Juga klik kepada 2 rajah yang menjelaskan model dan graf yang menunjukkan
kadar respons subjek. Pengetahuan Prosedural ialah semua maklumat berkenaan
cara, kaedah atau prosedur melakukan sesutu. Contoh: Saya tahu menukarkan
mentol yang terbakar. Imageri ialah perwakilan abstrak dalam ingatan jangka
panjang mengenai sesuatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangan tingkap di
rumah kamu? Secara tidak langsung kamu akan cuba membayangkan diri kamu sedang
berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi lain sambil mengira bilangan tingkap.
Ini bermakna kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan di rumah kita
yang disimpan dalam ingatan jangka panjang.
http://www.learningdomain.com/cognitivism2.html
Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja'
('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir
maklumat itu tidak diulang. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan
sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya
tidak lupa. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal').
Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.
MINGGU 7 MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Ingatan Jangka Panjang ('LongTerm Memory')
Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan
kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.
Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita
sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita
masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna
maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan