MINGGU 8 PENGAJARAN BAHASA MELAYU ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN
1. Melaksanakan simulasi
pengajaran dalam talian.
2. Melaksana
simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web
dan tapak pembelajaran.
Pembelajaran Dalam dan Luar Talian dengan Menggunakan Tapak
dan Laman Web Pembelajaran.
·
Murid-murid gemar untuk menggunakan komputer dan
internet.
·
Sifat sebegini yang dimiliki oleh murid wajar
diambil kesempatan oleh guru untuk menggunakannya dalam pengajaran Bahasa
Melayu di sekolah rendah.
·
Untuk membantu guru supaya senang untuk
mengunjungi laman yang berkenaan di internet, maka guru perlu
menyimpan rekod penerokaan mereka dalam bentuk Fail Internet dan juga Katalog
Alamat Internet.
·
Guru boleh menggunakan laman web yang berkenaan
untuk digunakan sebagai bahan pengajaran.
·
Langkah penggunaan laman web adalah seperti
berikut:
1.
Tentukan objektif pengajaran yang hendak dicapai
2.
Guru menjelaskan tugasan yang perlu murid
lakukan
3.
Minta murid melayari laman web yang disediakan
4.
Murid melaksanakan tugasan yang diberikan dan
melaporkannya dengan menggunakan alat pengarangan elektronik
5.
Guru membuat kesimpulan.
Melaksanakan Simulasi Pengajaran Dalam Talian
LANGKAH 1 :
·
Guru mengakses internet dan membuka portal
pendidikan untuk pembelajaran.
·
Lihat contoh portal pendidikan di bawah :
LANGKAH 2 :
·
Guru akan memilih tatabahasa yang hendak diajar
pada hari tersebut dan mengikut sukatan pelajaran.
·
Contohnya guru tersebut memilih untuk mengajar
golongan kata pada hari tersebut, maka guru akan klip pada kata kerja.
Lihat contoh di bawah selepas perkataan kata
kerja diklik :
LANGKAH 3 :
·
Guru akan megajar kata kerja berdasarkan apa
yang terdapat di portal pendidikan tersebut.
·
Guru akan memberikan beberapa contoh kata nama
serta menyuruh murid-murid memberi contoh kata nama.
LANGKAH 4 :
·
Selepas itu, guru akan memberikan latihan kepada
murid-murid.
·
Guru boleh menggunakan latihan yang terdapat di
dalam portal pendidikan tersebut.
Lihat contoh di bawah :
LANGKAH 5 :
·
Guru akan klik pada perkataan latihan 1.
Lihat contoh di bawah selepas latihan 1 diklik
§
·
Guru boleh memanggil murid-murid untuk menjawab
soalan-soalan latihan yang terdapat di portal pendidikan ini.
Akhir
sekali guru akan memberi kerja iaitu menyalin soalan di dalam buku latihan
Melaksana Simulasi Pengajaran Dalam Talian Dan Luar Talian
Dengan Menggunakan Laman Web Dan Tapak Pembelajaran
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 1
Tarikh
: 26 Mac 2012
Masa
: 0845-0945
(60 minit)
Tahun
: Tahun 1 Bendahara
Tema
: Kesihatan
dan Kebersihan
Tajuk Pelajaran
: Tiada Aedes Tiada Denggi
Bilangan Murid
: 30 orang
Standard
Kandungan
: 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat
menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran
: 1.5.2
Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan ayat
tunggal.
Objektif
: Pada akhir
pembelajaran, murid dapat :
i. Membina 3 ayat tunggal berdasarkan
gambar.
ii.
Mengetahui dan menceritakan 5 cara menghapuskan
tempat pembiakan aedes.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
i. Bercerita berdasarkan video
ii. Membina ayat secara berkumpulan
dan individu
iii. Lembaran Kerja
Pengetahuan Sedia Ada
: Murid
pernah melihat nyamuk aedes
Pengisian Kurikulum
:
i. Ilmu -
Pendidikan Sivik, Pendidikan Kesihatan
ii. Nilai -
kerjasama, tanggungjawab, berbudi bahasa
ENT
:
i. Kemahiran Berfikir - menjana
idea untuk membina ayat tunggal
ii. Kemahiran Belalajar Cara Belajar
– belajar secara berkumpulan
iii. Kontekstual – kebersihan
persekitaran rumah
iv. Kecerdasan Pelbagai –
interpersonal, verbal-linguistik, intrapersonal
EMK
: Inovasi dan Kreativiti
Sistem Bahasa
: Ayat
Tunggal
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
Video, LCD, Lembaran Kerja, Gambar
LANGKAH/
MASA
|
KANDUNGAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Gambar mangsa demam denggi
|
1. Murid melihat gambar.
2. Mengaitkan dengan tajuk Tiada Aedes Tiada Denggi.
|
BBB:
Gambar 1,LCD
ENT: Kontekstual
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Kitaran hidup nyamuk aedes
|
1. Murid melihat dan memahami kitaran hidup nyamuk aedes.
2. Murid membina 3 ayat tunggal berdasarkan gambar kitaran
nyamuk.
3. Beberapa orang murid membentangkan ayat.
|
BBB:
Gambar 2,LCD
Tatabahasa: ayat tunggal
ENT:
Kemahiran berfikir, verbal-linguistik
|
Langkah 2
(10 minit)
|
Tayangan video Hapuskan Tempat Pembiakan Aedes kepada
murid.
|
1. Murid menonton tayangan video.
2. Murid menceritakan kembali mengenai tempat aedes
membiak berdasarkan video yang ditonton kepada rakan.
3. Beberapa murid menceritakan kembali mengenai video yang
ditonton di hadapan kelas.
|
BBB:
Video, LCD
ENT: Verbal Linguistik, interpersonal
Nilai: Kerjasama, berbudi bahasa
Ilmu:
Pen. Kesihatan dan Sivik
|
Langkah 3
( 15 minit)
|
Berbincang secara berkumpulan.
|
1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diminta berbincang mengenai 5 cara
untuk mengahapuskan tempat pembiakan aedes berdasarkan gambar yang diberi.
3. Secara berkumpulan, murid diminta menceritakan tentang
cara-cara menghapuskan aedes secara bergilir-gilir menggunakan ayat tunggal.
(seorang murid satu cara)
|
EMT: Kreativiti
ENT: Kemahiran Belajar, verbal-linguistik
BBB:
Gambar 3
Nilai: tanggungjawab, kerjasama
Tatabahasa:
Ayat tunggal
|
Langkah 4
(15 minit)
|
Pemerhatian pembentangan murid.
|
Pentaksiran:
Penilaian berdasarkan aktiviti yang dijalankan
|
Pemerhatian
ENT: Kemahiran Berfikir, intrapersonal
|
Borang pengurusan grafik
|
Pengayaan
1. Melengkapkan peta minda yang disediakan.
(lembaran kerja 1)
|
EMK: Inovasi
BBB:
Lembaran kerja
ENT:
Intrapersonal, kontekstual
| |
Padanan ayat
|
Pemulihan
1. Memadankan ayat dengan gambar.
2. Tanda jawapan yang betul. (lembaran kerja 2)
| ||
Penutup
(5 minit)
|
1. Penutup kognitif;
2. Penutup sosial
|
1. Murid diingatkan mengenai cara menjauhkan diri daripada
penyakit demam denggi.
2. Murid diminta memberi pendapat mengenai perkara yang
harus dilakukan oleh masyarakat untuk menghapuskan aedes.
|
Nilai: bertanggungja-wab
ENT: kontekstual
EMK:
Kreativiti
|
Refleksi :
i.
Kelemahan:
ii.
Kekuatan:
iii. Penambahbaikan:
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
TAPAK PEMBELAJARAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan